GURU BERTUGAS

LAGU PERHIMPUNAN

PELAWAT

4599172
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1716
426
2142
4592213
3705
1158751
4599172

IP Anda: 18.207.160.97
Server Time: 2023-12-05 20:59:40

Langkah menangani virus covid-19 di SMKS

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah menangani wabak virus covid-19 selari denngan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 yang telah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 diseluruh negara yang meliputi penutupan semua sekolah kerajaan sehingga 14 April 2020.

 

 

Pihak sekolah juga sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan jangkitan penyakit COVID 19 dan mengambil perhatian yang serius mengenai penularan penyakit ini dalam kalangan warga sekolah. Oleh yang demikian pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah yang berikut bagi menangani penularan wabak COVID19 di sekolah :

  • Menangguhkan aktiviti dan program Sukan Tahunan dan Hari Anugerah Cemerlang ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian ;
  • Tiada perhimpunan rasmi pada hari Isnin dan digantikan dengan Program NILAM di dalam kelas masing-masing di bawah pemantauan guru tingkatan ;
  • Tiada perhimpunan biasa pada setiap pagi dan murid-murid akan terus masuk ke kelas di bawah pengawasan Badan Pengawas Sekolah ;
  • Waktu Kokurikulum pada setiap hari Rabu dan Khamis akan dijadikan waktu PdPc dan murid hanya dibenarkan balik pada pukul 2.20 petang.
  • Saringan suhu badan akan dibuat kepada semua warga sekolah oleh pengawal keselamatan di pintu pagar utama untuk mengenalpasti mereka yang bergejala ;
  • Hand sanitizer akan ditempatkan di setiap kelas dan semua tempat yang berisiko seperti kantin, dewan dan sebagainya ;
  • Melakukan aktiviti pembersihan nyahkuman di setiap kelas oleh pekerja-pekerja pembersihan di sekolah.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan juga diperlukan agar dapat memastikan anak-anak jagaan tuan/puan :

 

  • Dikuarantin dirumah sekiranya didapati demam lebih-lebih lagi bagi mereka yang baharu pulang dari luar negara ;
  • Membekalkan topeng muka (face mask) dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer ;
  • Membekalkan anak-anak dengan ‘kain buruk’ pada hari pertama setelah sekolah dibuka untuk membolehkan mereka sekali lagi melakukan pembersihan nyahkuman dikerusi dan meja mereka.

 

Keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

  

Sekian.

  

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

  

Saya yang menjalankan amanah,

 

TAN SIEW CHOO

Pengetua,
SMK Segambut, Kuala Lumpur.

 

SPM, 16 NOV 2020