GURU BERTUGAS

LAGU PERHIMPUNAN

PELAWAT

962038
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
200
582
782
957683
1921
16444
962038

IP Anda: 3.215.174.30
Server Time: 2020-08-04 08:37:08

Tatacara Pembukaan Semula Sekolah Norma Baharu

Yang dihormati,                                                                                                                             Tarikh   :   13 Julai 2020

Ibu bapa/Penjaga Murid SMK Segambut, Kuala Lumpur.

 

TATACARA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

 

1.       Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada sektor pendidikan di mana sekolah terpaksa ditutup hampir 4 bulan. Berdasarkan situasi semasa penularan COVID-19 dan mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan murid Tingkatan 1 – Tingkatan 4 serta murid kelas Peralihan dan  Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

 

2.       KPM telah menetapkan 3 model pengoperasian pembukaan sekolah dan SMKS telah memilih model pertama  iaitu Model Satu Sesi.

 

1.       Ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan SOP berikut dipatuhi sebelum anak-anak jagaan dihantar ke sekolah :

i.         Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan anak-anak berada dalam keadaan yang SIHAT sebelum ke sekolah. Murid yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah TIDAK dibenarkan hadir dan berada di dalam kawasan sekolah.

ii.       Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak-anak bersarapan terlebih dahulu di rumah dan digalakkan membawa bekalan makanan untuk makan pada waktu rehat.

iii.     Sebaiknya anak-anak dibekalkan dengan tisu basah  dan “hand sanitizer”.

iv.      Murid digalakkan memakai pelitup muka dan DIWAJIBKAN memakai pelitup muka bagi murid yang berimuniti rendah serta bergejala.

v.       Murid perlu membawa alat tulis sendiri dan tidak boleh berkongsi dengan rakan.

vi.      Murid digalakkan hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan dan tidak datang terlalu awal.

vii.    Mengingatkan anak-anak supaya sentiasa menjaga kebersihan, kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau pensanitasi, menjaga penjarakkan sosial serta tidak bersentuhan antara satu sama lain seperti bersalaman dengan guru dan kawan-kawan.

viii.  Mengingatkan anak-anak supaya sentiasa mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) dan sentiasa peka dengan amalan 3S (Elakkan Sesak, Sempit dan Sembang dekat).

 

2.       Pihak sekolah telah menyusun atur bilik darjah dan bilik-bilik khas berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM. Tempat duduk murid telah disusun mengikut SOP yang telah ditetapkan dan murid wajib duduk ditempat yang telah ditetapkan oleh Guru Tingkatan. Murid TIDAK DIBENARKAN berkongsi tempat duduk.

 

3.       Murid DILARANG keluar kelas kecuali ke tandas dengan kebenaran guru.

 

4.       Murid TIDAK DIBENARKAN pergi ke kantin pada waktu rehat. Murid akan makan di kelas di tempat masing-masing dengan pengawasan guru di setiap kelas.

·       Murid mesti membuat tempahan makanan dengan pihak kantin iaitu sehari sebelum berdasarkan menu yang ditetapkan oleh pihak kantin.

 

5.       Pergerakan murid ke bilik khas, tandas dan sewaktu pulang hendaklah mengikut laluan yang telah ditetapkan.

 

6.       Murid TIDAK DIBENARKAN menunggu, bermain di dalam kawasan sekolah dan hendaklah segera beredar dari kawasan sekolah setelah waktu persekolahan tamat.

 

7.       Peraturan Berpakaian

HARI

JENIS PAKAIAN

Isnin, Selasa dan Jumaat

Uniform sekolah yang lengkap

Rabu

Baju Unit Beruniform

Khamis

Baju Rumah Sukan

* Murid tidak dibenarkan sama sekali untuk memakai baju PJK atau baju KOGEM.

 

    10.  Waktu persekolahan norma baharu adalah seperti berikut :

 

HARI

TINGKATAN

WAKTU MASUK

WAKTU BALIK

WAKTU BERSURAI

 

 

 

ISNIN DAN SELASA

PERALIHAN

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

 

 

7.30 pagi

1.30 petang

1.30 petang

1.30 petang

1.30 petang

1.30 petang

2.00 petang

1.35 petang

1.30 petang

1.35 petang

1.40 petang

1.45 petang

2.00 petang

 

 

RABU DAN KHAMIS

PERALIHAN

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

 

 

7.30 pagi

1.00 petang

1.00 petang

1.00 petang

1.00 petang

1.30 petang

2.00 petang

1.05 petang

1.00 petang

1.05 petang

1.10 petang

1.30 petang

2.00 petang

 

 

JUMAAT

PERALIHAN

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

 

 

7.30 pagi

 

 

12.30 tengah hari

12.35 tengah hari

12.30 tengah hari

12.35 tengah hari 12.40 tengah hari

12.45 tengah hari

12.50 tengah hari

 

11. Makluman tambahan untuk ibu bapa/penjaga :

i.         Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

ii.       Ibu bapa/penjaga DILARANG berhenti dan menurunkan penumpang di hadapan pintu pagar sekolah.

iii.     Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak-anak dihantar ke sekolah dan mengambil anak semasa balik dari sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Anak TIDAK DIBENARKAN menunggu dalam kawasan sekolah kerana sekolah adalah kawasan larangan.

iv.      Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak-anak tidak sihat atau bergejala setelah pulang dari sekolah.

v.       Perhimpunan rasmi di tapak perhimpunan tidak akan dijalankan.

vi.      Aktiviti kokurikulum ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian.

 

12. Pihak sekolah memohon jasa baik semua ibu bapa/penjaga untuk sama-sama bekerjasama bagi memastikan

      pembukaan semula sekolah untuk semua murid berjalan dengan lancar dan anak-anak kita dapat bersekolah

     dalam keadaan yang selamat.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

SPM, 16 NOV 2020