GURU BERTUGAS

LAGU PERHIMPUNAN

PELAWAT

4599131
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1675
426
2101
4592213
3664
1158751
4599131

IP Anda: 18.207.160.97
Server Time: 2023-12-05 20:40:53
smks sms album usahawanPPKI JW2020

Warga SMKS

 1. Waktu persekolahan 2019 
 2. Jadual waktu pembelajaran 2020 Bil 1 
 3. Senarai nama murid Tingkatan 3, 2019 

Guru

 1. Cara memasang aSc Timetable dalam smartphone 
 2. Buku Pengurusan SMKS 2019 



Murid

 1. Senarai Subjek Dan Pakej Subjek Menengah Atas 2019
 2. Tarikh dan Masa Perjumpaan Kokurikulum dan Sukan 2019 


Kata Aluan Pengetua

TSC

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk bersama warga SMK Segambut. Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertemu Kembali. Kepada guru-guru dan kakitangan staf sokongan yang baru berpindah ke SMK Segambut diucapkan Selamat Menjadi Warga SMK Segambut. Kepada guru-guru SMK Segambut yang telah berpindah saya bagi pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas khidmat bakti yang telah tuan-tuan dan puan-puan curahkan di sekolah ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat bertugas dengan lebih cemerlang di tempat baru. Kepada warga baru SMK Segambut diharap kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini dalam bidang akademik, kokurikulum mahu pun sahsiah pelajar.

Cabaran kita sebagai pendidik sangat besar pada tahun 2020 kerana banyak perubahan yang berlaku dalam Dasar Pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Kita sebagai warga pendidik mestilah berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan hasrat Negara dalam membangunkan modal insan berkualiti direalisasikan.  Gelombang 1 PPPM bertumpu untuk meningkatkan mutu kepimpinan di sekolah dan kualiti guru. Kedua-dua faktor ini penting untuk menghasilkan murid yang mempunyai ciri-ciri : berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian serta beridentiti nasional, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu di bahu kita tergalas satu amanah yang sangat besar bagi meningkatkan mutu pendidikan murid-murid di SMK Segambut yang kita sayangi ini. Oleh itu guru-guru perlu saling membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini supaya kejayaan yang dicapai nanti adalah hasil kerja secara kolektif.

Di sini saya ingin  mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan Buku Panduan Pengurusan Profesional  Sekolah 2020 dan mengharapkan setiap guru menjadikan buku ini sebagai panduan untuk melaksanakan tugas secara professional. Akhir kata selamat menjalankan tugas dan saya yakin semua guru dapat  menjayakan usaha dalam transformasi dan pembaharuan pendidikan bagi menjamin kejayaan murid-murid SMK Segambut .

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut amanah,

_____________________________________

(TAN SIEW CHOO)

Pengetua,
SMK Segambut,
Kuala Lumpur.

SPM, 16 NOV 2020