Piagam Pelanggan
- Details
- Published on Wednesday, 31 December 2014 16:31
- Written by Administrator
- Hits: 3174
Kami warga SMK SEGAMBUT dengan penuh iltizam berjanji melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dan kami bersedia memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti kepada pelanggan kami. Kearah itu kami:-
- Sedia berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memastikan layanan mesra dan penyayang.
- Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar.
- Sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang, berkualiti, positif dan efektif menangani sebarang aduan dengan cermat dan profesional.
- Memastikan semua program sekolah dilak sanakan mengikut perancangan
- Sentiasa berusaha untuk memastikan pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
- Akan berusaha mewujudkan tahap disiplin yang tinggi di kalangan pelajar, guru dan staf sokongan
- Berusaha mewujudkan suasana persekitaran yang tenteram, selamat serta indah, dan bersih.
- Memastikan semua dasar KPM dan JPNWP Kuala Lumpur dilaksanakan mengikut arahan.
- Akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
- Akan memastikan setiap pelajar dapat mengalami proses pembelajaran yang berkesan.
- Sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mempunyai sahsiah terpuji dan akhlak yang mulia.
- Akan mewujudkan semangat perpaduan yang tinggi di kalangan seluruh warga sekolah.
- Mewujudkan suasana yang harmonis dalam hubungan antara sekolah, ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat.