Sistem SMS Sekolah
- Details
- Published on Sunday, 10 January 2016 11:04
- Written by Administrator
- Hits: 6002

Laman ini diakses oleh guru-guru tingkatan, penyelaras tingkatan dan pentadbir SMS sekolah.
E-Kedatangan mempunyai 2 fungsi. Fungsi pertama, Guru-guru hanya perlu memasukkan kehadiran murid setiap hari sama ada 0,P,L,G atau W ke dalam secara online. E-Kedatangan akan mengira semua maklumat yang terkandung di dalam Buku Kedatangan Murid seperti jumlah hari belajar, jumlah kedatangan murid, peratus kedatangan, peratus ponteng, penyata ketidakhadiran murid dan banyak lagi. Ia sangat memudahkan guru apabila perlu menutup buku kedatangan pada hujung bulan dan akhir tahun. Ia juga dapat memudahkan tugas Penyelaras Tingkatan untuk memeriksa kedatangan semua tingkatan.
Fungsi kedua pula, Pentadbir SMS (Short Message Service) pula akan menghantar ketidakhadiran murid setiap hari berdasarkan kemasukan kehadiran yang dimasukkan oleh guru ke dalam sistem. Selain itu, Sistem SMS ini juga bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dan program sekolah dengan lebih mudah dan cepat melalui telefon bimbit terus kepada ibu bapa di samping komunikasi sedia ada yang dipraktikkan oleh sekolah seperti surat edaran, makluman melalui laman web rasmi sekolah, email dan pesanan melalui guru-guru.